Skip to main content

#BukitLarutwithLove Part II

Assalamualaikum dan hai semua

Aku, shuk dan ainul plan sehari sebelum untuk naik bukit larut. And since aku dan shuk tak pernah naik even dah berapa tahun dah duduk taiping tapi tak pernah naik pun lol, and ainul pun dah lama tak naik, so why not kan. At least kalau orang luar tanya, ada gak ah point nak menunjuk ;p

So, here we go! Kitaorg pi 4 orang (3 perempuan, 1 laki), aku, shuk, ainul dan imran. Ye, shuk tu perempuan dan nama penuh dia shukrina hehe. Oh imran tu pulak adik kitaorg ;p. Better bawak lelaki kalau nak naik bukit larut baru selamat even kalau korang nak hiking or naik jip. Siap kelengkapan apa semua, maka kitaorg pun bertolak ke bukit larut dan sampai lebih kurang pukul 8.15am. Pi ke kaunter sebab bajet gila nak naik jip yang pukul 8.30am awal pagi. Tapi tiket dah habisssss, so nangis japp tu la pasal datang lambat lagi ada hati nak naik awal;p. Then, kitaorg mcm ok xpe la naik jip yang pukul 10.30am. Dah la baru pukul 8.30am, haaaaa 2 jam kauuuuu nak buat apa?!
Oh ya, satu tiket harganya rm10 tau hehe tapi serius berbaloi!

Ayuh mengisi perut yang berkeroncong hahaha. Dekat kaki bukit larut tu ada la kedai2 makan jual nasi lemak apa semua. Tapi aku tak pasti sama ada dia bukak tak waktu petang2. So kitaorg pun makan la dulu pungpangpungpang 1 jam habis bercerita. Then, 1 jam lagi tangkap gambar Hahahaha 1 jam tu dah berapa dah gambar.. tak naik puncak lagi. Masa tu kan, ramai je lagi yang baru nak start hiking. Macam yang aku bagitau dalam post yang lepas, kalau nak pi bukit larut dalam pukul 8.30am pun takpe sebab cuaca pun redup je serius. Tapi waktu weekend lagi ramai orang dari weekdays. So, kalau nak beli tiket naik jip tu, kena beli cepat2 la takut habis.
Dalam masa yang sama, kitaorg paling risau kalau tiba2 hujan. Like seriously, dah penat tunggu pastu hujan kan aduyaii. Tapi nasib baik tak hujan..























Lebih kurang pukul 10.30am, kitaorg start gerak naik atas...




Dia punya adventure naik jip lebih kurang hang naik roller coster tapi versi dalam hutan. Memang takde chance weh nak amik gambar dalam jip time tgh bergerak. Video je ok. Aku mula2 macam cool je expect biasa. Tapi bila naik tu, tak jerit tu tak sah especially kalau time nak kona2. Aduyaii, naik turun gak ah jantung aku fuhhhh. Pastu ditakdirkan pulak dalam jip naik dalam 10 orang camtu, and diorg sporting gila! So, apa lagi ada geng la menjerit dalam jip tu Ahahahahahaha paling kesian imran, dia sangat tabah.
Lagi satu kalau boleh minum or makan la sikit dulu before naik, takut termuntah ke pening ke nnti.

Sampai je kat atas dalam pukul 11am, hanya mengambil masa dalam 30 minit la jugak untuk naik ke puncak bukit larut and diberikan selama 2 jam pastu pukul 1pm kena gerak turun.








So, masa sampai tu expectation aku terus macam ya Allah, aku tak sangka puncak dia camni. Cantik gila nak mamps. So naturally beautiful! Sebab dekat puncak ni, takde pembangunan sgt tau. Just ada satu cafe, satu surau, tandas, and ada chalet (rasanya). Tapi tak banyak sgt la. So yang lain tu just you know, gardens, rumput, bunga, jambatan cantik (cantik laaa! hang apa tau hahaha) alahaiiii #aydatakuad #aydajatuhcinta Hahahaha ok over. So, mula2 kitaorg masuk cafe dulu sebab nak beli makanan untuk imran, dia tak makan lagi. Tunggu jap dia makan, sambil tu kitaorg snap sana snap sini. Alaa, perempuan... biasa la ;p. Then selesai imran makan, apa lagi... berphotoshot la kitaorg ekekekeke. Serius imran sgt tabah dgn hakak2nya hehe.
And ditakdirkan pulak tiba2 hujangggg! Tapi x lebat pun, rintik2 je. Gagah jugak bergambar hahaha Alaa, perempuan... biasa la ;p Mau dekat 1 jam lebih gak ah untuk bergambar je hihihiks! Tapi kann, best oh rupanya kalau hujan sikit2, sebab sambil tu kabus datang. Sebab tu gambar kitaorg macam bnyk berkabus ala2 oversea gituwwwww!
































































Dalam pukul 12.40am camtu kitaorg balik ke cafe. Sebab dah tak larat dah ahahahahaha ;p. Tangkap gambar dalam cafe je. Cantik do cafe dia, ala2 antik gituw. Kitaorg tak makan pun, sebab kenyang dengan gambar yang cantik2sssss Ahahahaha!











Dalam pukul 1, kitaorg start turun. Kitaorg naik jip yang sama, jip yang terbuka. Ada 2 sebenarnya, satu jip terbuka, satu jip tertutup. Taknak jip tertutup, tak best takde angin sejuk. So, shuk memainkan peranan. "Imran, chop cepat2 tau 4 org naik jip tadi" shuk memberi arahan dengan mata yg serius. Tiba2 ada pakcik tu cakap "jom2 nak turun dah!". Lantas, imran "ngah2...". Aku dengar camtu do cara dia panggil shuk. Pastu aku macam eh shuk bongsu laa.
Maka dapat la kitaorg naik jip yang sama hihihiks! Turun tu takde dah jerit2 sgt, semua cool je (Sebenarnya lebih kepada mengantuk dan penat hahahaha ;p). Sampai kaki bukit pukul 1.30pm. Yeayyyyyyy! Alhamdulillah
Maka begitu la cerita #BukitLarutwithLove part II hehe. Over all, best ahh! Aku tak sangka rupanya puncak bukit larut tu like seriously, cantik do. Kalau korng rasa korang antara org yang nature lover or pencinta alam  or memang suka pi tempat2 yang menikmati keindahan alam.. aku seru/ajak/suggest korang datang dan naik puncak Bukit Larut ni. Korang kena datang ok! Rm10 tu berbaloi sgt! Ada orang ckp kalau xde kabus, biasanya boleh nampak laut dari puncak. Tapi aku tak nampak la sebab bnyk kabus.
Ada orang cakap eh taiping ni xde apa2 la, bosan do. Tapi sebenarnya banyak je. Cuma kena pandai cari and survey la. Salah satunya baca blog aku ;p

Tiket pukul 8.30am dan 10.30am. Tapi kena tempah awal. Satu tiket rm10 je tau! Hehe bye!


Signing off,
Asyumo


 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

A little bit about orientation usim nilai!

Assalamualaikum and hello everyone P/s: I wrote this post 2 weeks ago (plus minus) during i was still in nilai I know it is been a while since I posted the last post in this blog. Kind of busy with first year orientation in usim nilai since I joined the programme as a facilitator. Takde la busy mana sangat pon, haish akak faci ni acah je lebih kehkehkeh! The orientation is held in nilai for 5 days included with meeting on last monday. After that (on saturday), all of the dental students will be headed to pandan indah included us (aku, cuna, hani, muaz, arep). Then continue with orientation in pandan on saturday and sunday. Pungpangpungpang settle everything, orentasi, angkut barang ke rumah, kemas, check in gv and etc (I will update soon in other post about orientation pandan in sha Allah kalau ngak busy yaa!). Then, class will be started on the next monday with operative techniques (oh em gee what's that!!! ). Ya ampunn ngakk ada cuti dong kayak ginii, aku itu butu...

Orientation in usim pandan indah!

Assalamualaikum dan hai semua Post kali ni sepatutnya diupdate pada awal semester dulu tapi disebabkan kekangan masa dan sedikit kemalasan untuk mencari gambar2... maka beginilah jadinya. So, this is kind of continuation post for the previous one about the orientation in nilai. But not in nilai anymore, instead we are at pandan indah guyss!! Whoohuuuuu!! We had a very good memories in usim nilai (alaaa rindunyaaa!), but for sure we want to come back to pandan indah  because this is the place where we belong to and still become our home sweet home (acewahhh ayat!! Haha). Padahal memang kitaorang kena balik pndan indah pun, ni haa orentasi sabtu ahad pastu isnin kelas adehhh otak sila bersedia! Sedikit throwback sebab rindu, Skrg ni kalau apa2 sikit yg kena libatkan jalan kaki jauh, mesti kitaorang cakap "takde hal la jalan kaki! tak sia2 masuk unit pengangkutan.." hahahaha Kitaorang bertolak ke pandan indah dalam pukul 7.30 pagi selepas siap masukkan luggage...

Being a second year dental student

Assalamualaikum dan hi semua Lama tak update blog guysss! Im back! Sekian lama tau aku tunggu rumah ada wifi, alhamdulillah yes! (sebenarnya dah ada lebih kurang 2 minggu dah.. acah je ni ;p) Walaupun kadang2 line internet ni, dia punya level sama macam siput sedut jugak ergh sabar je aku. Lagi2 bila nak buat benda2 ilmiah jawab tutorial jawab kuiz, punya tunggu nak dekat setengah jam untuk log in masuk goals. Tu baru nak log in masuk tau, belum mula jawab lagi (nangissssss). Lagi satu jam nak habis masa untuk jawab kuiz, "haish tak leh ni, dah la semua orang kata soalan susah" Terus aku ke rumah sebelah hekhekhek. Thanks warga rumah sebelah hihi terutamanya teku, zatil and ciksan! Tapi bila benda lagha bukak youtube layan lagu sufian suhaimi, bukak ig, bukak facebook.... mak aii laju kemainn. Memang tiptop ah internet masa tu, iwish pun boleh kalah. Kalau aku click je icon ig, terus terbukak.. takde pun loading2. Masa yang paling sesuai untuk stalk crush hahaha (tipu jee...