Assalamualaikum dan hai semua Kita biasa dengar tentang singkatan 'DUIT' iaitu, Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal dan aplikasikannya dalam kehidupan harian. Biasanya kalau student kita biasa dengar dekat talk motivasi dari sekolah rendah, menengah sampai lah ke universiti kan? Pastu kita guna konsep 'DUIT' untuk hadapi exam besar, UPSR, PMR, SPM dan exam uni. Cerita aku kan camni, aku seorang yang rajin gila namatey terutamanya kalau bab2 study. Dulu time spm, target aku bukan straight A pun tapi aku lebih kepada teringin jadi macam matluthfi, aiman azlan. You know, berangan nak belajar oversea, pegang buku macam budak pandai, raya di perantauan. Sebab tu aku usaha gila bab2 study, yela berangan nak belajaq oversea. So, bila keluar result dapat la sikit2 tu tapi ada 1b. Masa tu memang la bersyukur Alhamdulillah apa semua. Tapi bila dah lama2 kan, aku macam tertanya la kenapa result aku dari zaman UPSR, PMR, SPM selalu tersangkut 1b. Padahal usaha tu dasyat sangat ser...
A dental student who writes about her studies, passion, family, travel, daily routine and love? hiks!